HOME

Saturday, January 3, 2015

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese






 Bahan-bahan untuk moist chocolate cake:
  •     4 biji Telur - dipukul hingga kembang
  •     150g Tepung Gandum
  •     1 sudu teh Soda Bicarbonat
  •     1sudu teh Baking Powder
Bahan dimasak :
  • 100g Serbuk Koko
  • 250g Gula pasir
  • 1 tin Susu Isian Cair
  • 200g Minyak Masak Sayuran
  • 250g Susu Pekat


Bahan untuk Cheese :
  • 200g cream cheese
  • 50g gula halus
  • 25ml air biasa
  • 25g tepung gandum
  • 1 biji telur
 

Cara-cara masak moist chocolate cake:

  1. Masak bahan dimasak dengan api perlahan. Jangan sampai mendidih. Kemudian tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan bahan lain ke dalam bekas tersebut. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Tepung gandum perlu diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat terlebih dahulu.apabila sebati, ketepikan
  3. dan sediakan adunan cheese dahulu

Cara cara menyediakan adunan cheese:

  1. Campurkan semua bahan kecuali telur. Pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau lagi.
  2. selepas adunan selesai,,Masukkan ke adunan chocolate dlm loyang  dan kukus selama 20minit dengan api sederhana. Loyang boleh juga ditutup dengan aluminium foil( kalau ada la) Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  3. masak berselang-seli dengan adunan cheese
  4. Masukkan adunan untuk cheese di atas kek tadi dan kukus lagi 20 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan coklat dan kukus selama 30minit@ sampai masak.
  6. Siap untuk dihidang!!!