HOME

Saturday, January 3, 2015

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese






 Bahan-bahan untuk moist chocolate cake:
  •     4 biji Telur - dipukul hingga kembang
  •     150g Tepung Gandum
  •     1 sudu teh Soda Bicarbonat
  •     1sudu teh Baking Powder
Bahan dimasak :
  • 100g Serbuk Koko
  • 250g Gula pasir
  • 1 tin Susu Isian Cair
  • 200g Minyak Masak Sayuran
  • 250g Susu Pekat


Bahan untuk Cheese :
  • 200g cream cheese
  • 50g gula halus
  • 25ml air biasa
  • 25g tepung gandum
  • 1 biji telur
 

Cara-cara masak moist chocolate cake:

  1. Masak bahan dimasak dengan api perlahan. Jangan sampai mendidih. Kemudian tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan bahan lain ke dalam bekas tersebut. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Tepung gandum perlu diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat terlebih dahulu.apabila sebati, ketepikan
  3. dan sediakan adunan cheese dahulu

Cara cara menyediakan adunan cheese:

  1. Campurkan semua bahan kecuali telur. Pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau lagi.
  2. selepas adunan selesai,,Masukkan ke adunan chocolate dlm loyang  dan kukus selama 20minit dengan api sederhana. Loyang boleh juga ditutup dengan aluminium foil( kalau ada la) Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  3. masak berselang-seli dengan adunan cheese
  4. Masukkan adunan untuk cheese di atas kek tadi dan kukus lagi 20 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan coklat dan kukus selama 30minit@ sampai masak.
  6. Siap untuk dihidang!!!




Kue Bahulu Pecak ~resepi suku kaum bugis~

Anyone pnh try makan kue nie,,,??? mmg sedap try la buat kt rumah,,good luck


Bahan2:-

10 biji putih telur size B
1 cwn beras pulut(disangai dan dikisar halus,kemudian diayak)
1sudu teh baking powder

baca dah bahan2 nya? simple kan?tapi mungkin sebab kuantiti telur n nak mengolah beras pulut tu yg leceh kot.Tu pasal lah org malas nak buat...

Cara2:-
1.Jerang pengukus,dan panaskan acuan yang telah disapu minyak.Seeloknya acuan 4segi.
2.Pukul telur sehingga putih pekat.
3.masukkan baking powder.
4.masukkan tepung pulut yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5.Masukkan adunan kedalm acuan yang telah dipanaskan tadi.Kukus selama 45 minit.


Untuk pecak:-

6.masak air gula melaka bersama sedikit air.Sejukkan.
7.Kuih yang sudah dimasak,disejukkan dan dipotong anggaran setengah inci.Kemudian direndam dalam air gula yang dah sejuk.
8.Simpan dalam fridge,Makan sejuk2 untuk kenikmatan yang berganda.

Selamat mencuba,,,beware bg yg ada kencing manis bp kue nie sangat la manissss tp SEDAPPPPPPP hihihi


cm ni la rupa bahulu pecak bugis,,slalu jumpa kue ni time majlis kahwin suku kaum bugis